Borang Permohonan Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang boleh dimuat turun melalui Laman Web Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak serta boleh didapati di Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian, Pejabat Residen dan Daerah, Hospital dan Klinik Kerajaan.
Sebarang Pertanyaan Hubungi:
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak Wisma Kebajikan, Lot 4273 Blok 14, Off Jalan Siol Kanan, 93050 Kuching, Sarawak Tel : 082 - 449577 / 444139 Faks : 082 - 445710 / 448741 Emel : welfare@sarawak.gov.my
Klik DISINI untuk muat turun Borang Permohonan Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang
Untuk maklumat lebih lanjut sila layariiSarawakCare
Permohonan Endowment Fund Sarawak 2026 Secara Atas Talian
Dimaklumkan kepada orang awam bahawa permohonan Endowment Fund Sarawak bagi tahun 2026 akan dilaksanakan sepenuhnya secara atas talian bermula 1 Januari 2026.
Sehubungan itu, semua pemohon dikehendaki mengemukakan permohonan melalui Sarawak Government Portal sahaja. Permohonan secara manual atau fizikal tidak lagi diterima bermula tarikh tersebut.
Orang awam adalah disarankan untuk memastikan akaun SarawakPass (dahulu dikenali sebagai SarawakID) masing-masing berada dalam status aktif dan lengkap sebelum membuat permohonan bagi memastikan kelancaran proses permohonan.
Sebarang maklumat lanjut dan pengumuman berkaitan akan dikemas kini dari semasa ke semasa melalui portal rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti.