Endowment Fund Sarawak (EFS)
Endowment Fund Sarawak (EFS) merupakan antara inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak dengan pemberian sebanyak RM1,000.00, dalam bentuk simpanan amanah kepada setiap kelahiran anak Sarawak bermula pada tahun 2019, tanpa mengira bangsa, agama atau status sosio-ekonomi. EFS adalah bertujuan untuk membantu anak-anak Sarawak sebagai persediaan bagi melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi, memulakan karier atau sebagai modal kecil perniagaan.
Syarat-syarat Kelayakan:
Kategori anak kandung
Kategori anak angkat:
Kanak-kanak Lahir di Luar Negara:
Disebabkan kekangan sistem semasa, permohonan dalam talian memerlukan nombor MyKid, yang lazimnya belum diperoleh bagi kanak-kanak yang lahir di luar negara.
Pemohon hendaklah mengisi Borang Permohonan Manual EFS dan mengemukakan borang tersebut melalui e-mel ke efs@sarawak.gov.my
Dokumen yang diperlukan:
(i) Salinan MyKad ibu atau bapa yang berstatus 'K' (Sarawak)
(ii) Salinan sijil kelahiran bayi
(iii) Salinan dokumen yang telah disahkan sebagai salinan benar, yang boleh diperoleh daripada Pejabat Kedutaan atau Suruhanjaya Tinggi Malaysia di luar negara
(iv) Salinan dokumen sokongan berkaitan (jika ada)
Kaedah Permohonan:
Permohonan hendaklah dibuat sepenuhnya secara dalam talian melalui Sarawak Government Portal (Sarawak Gov Portal) bermula 1 Januari 2026.
Dokumen Sokongan (Untuk Muat Naik):
Pemohon perlu menyediakan dokumen berikut:
Maklumat Tambahan
Sila tekan pada pautan ini (https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/211/846//) untuk mengemukakan permohonan.
Pertanyaan
Dikemaskini pada: 3 Mac 2026
Syarat-syarat Kelayakan:
Kategori anak kandung
- Anak adalah Warganegara Malaysia yang lahir di Sarawak atau di luar Sarawak;
- Salah seorang atau kedua-dua ibu bapa merupakan Warganegara Malaysia berstatus ‘K’ (Sarawak);
- Bayi lahir di dalam atau di luar Sarawak; dan
- Permohonan wajib dibuat dalam tempoh satu (1) tahun selepas kelahiran
Kategori anak angkat:
- Salah seorang atau kedua-dua ibu bapa angkat merupakan Warganegara Malaysia berstatus ‘K’ (Sarawak)
- Bayi lahir di dalam atau di luar Sarawak
- Permohonan wajib dibuat dalam tempoh satu (1) tahun selepas kelahiran
- Sijil Pengangkatan yang sah mesti diperoleh
Kanak-kanak Lahir di Luar Negara:
Disebabkan kekangan sistem semasa, permohonan dalam talian memerlukan nombor MyKid, yang lazimnya belum diperoleh bagi kanak-kanak yang lahir di luar negara.
Pemohon hendaklah mengisi Borang Permohonan Manual EFS dan mengemukakan borang tersebut melalui e-mel ke efs@sarawak.gov.my
Dokumen yang diperlukan:
(i) Salinan MyKad ibu atau bapa yang berstatus 'K' (Sarawak)
(ii) Salinan sijil kelahiran bayi
(iii) Salinan dokumen yang telah disahkan sebagai salinan benar, yang boleh diperoleh daripada Pejabat Kedutaan atau Suruhanjaya Tinggi Malaysia di luar negara
(iv) Salinan dokumen sokongan berkaitan (jika ada)
Kaedah Permohonan:
Permohonan hendaklah dibuat sepenuhnya secara dalam talian melalui Sarawak Government Portal (Sarawak Gov Portal) bermula 1 Januari 2026.
Dokumen Sokongan (Untuk Muat Naik):
Pemohon perlu menyediakan dokumen berikut:
- MyKad ibu dan bapa / ibu bapa angkat
- Sijil kelahiran anak
- Nombor MyKid anak
- Dokumen sokongan berkaitan (jika berkenaan), termasuk Sijil Pengangkatan
Maklumat Tambahan
- Setiap permohonan tertakluk kepada pengesahan dan kelulusan pihak berkuasa berkaitan
- Tempoh pemprosesan permohonan adalah bergantung kepada kelengkapan dokumen dan pengesahan data oleh agensi terlibat
Sila tekan pada pautan ini (https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/211/846//) untuk mengemukakan permohonan.
Pertanyaan
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila tekan pautan berikut: https://linktr.ee/bibefs atau hubungi Urus Setia Endowment Fund Sarawak (EFS) melalui kaedah berikut:
- e-mel: efs@sarawak.gov.my
- Talikhidmat
- Talian Pejabat 082-374700
Dikemaskini pada: 3 Mac 2026
