PERMOHONAN GERAN NGO SARAWAK 2022

Dipaparkan pada 22 Feb 2022

Objektif

Bertujuan untuk menyokong dan menggalakkan NGO menjalankan aktiviti-aktiviti bagi menangani isu-isu dan masalah-masalah sosial dalam masyarakat bagi menyumbang kepada kesejahteraan komuniti.


Syarat Permohonan:

1. Berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) / Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS);

2. Beroperasi di Sarawak sahaja; dan

3. Berstatus aktif dan mempunyai ahli-ahli yang kompenten dalam aktiviti kemasyarakatan yang diceburi.


Cara Memohon Geran:

1. Mengemukakan permohonan melalui Lampiran 1 dan 1A;

2. Salinan Sijil Pendaftaran Pertubuhan;

3. Salinan muka depan Buku Akaun atau Penyata Akaun Pertubuhan/Persatuan;

4. Hantar permohonan melalui email (jimmysalau@sarawak.gov.my, bidan@sarawak.gov.my atau faks 082-536649); dan

5. Permohonan yang berjaya akan dipanggil untuk sesi pembentangan kertas kerja.

Pautan Berguna