Bantuan Ibu Bersalin (BIB)
Bantuan Ibu Bersalin (BIB) merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak dengan pemberian sebanyak RM450.00 dalam bentuk tunai kepada setiap ibu yang melahirkan anak kelahiran Sarawak bagi membantu keperluan ibu seperti pemakanan sihat dan penjagaan diri semasa tempoh berpantang, bermula tahun 2020 tanpa mengira bangsa, agama atau status sosio-ekonomi.
Syarat-syarat Kelayakan:
- Ibu warganegara Malaysia berstatus ‘K’ (Sarawak) atau isteri kepada warganegaraMalaysia berstatus ‘K’ (Sarawak);
- Melahirkan bayi sama ada di dalam atau di luarSarawak;
- Melahirkan bayi pada usia kandungan 22minggu dan ke atas; dan
- Permohonan boleh dibuat dari selepas bersalin sehingga 3 bulan selepas bersalin atau usia kandungan 22 minggu ke atas (bagi kes kelahiran mati atau keguguran sahaja).
Apa yang anda perlukan?
- Akaun SarawakPass (dahulunya dikenalisebagai SarawakID) yang aktif dan telah disahkan;
- Akaun SPayGlobal yang aktif;
Pemohon perlu menyediakan dokumen berikut:
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon (Depan dan Belakang) atau muka surat biodata pasport;
- Salinan Kad Pengenalan Suami/Penjaga (Depan dan Belakang) atau muka surat biodata pasport;
- Salinan Sijil Perkahwinan sekiranya Pemohon bukan berstatus ‘K’;
- Salinan Buku Kesihatan Ibu Mengandung (Muka Hadapan);
- Salinan Pengesahan Doktor / Nota Discaj / SijilLahir Bayi
Maklumat Tambahan
Untuk makluman, bagi permohonan yang dibuat pada tahun 2025, pembayaran masih akan menggunakan akaun bank. Bagi permohonan yang diterima bermula 1 Januari 2026, semua pembayaran akan dibuat melalui SPay Global.
Walau bagaimanapun, bagi ibu yang telah bersalin pada hujung tahun 2025 dan mengemukakan permohonan mulai 1 Januari 2026, pembayaran akan dibuat melalui SPay Global.
Pertanyaan
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Urus Setia Bantuan Ibu Bersalin (BIB) melalui kaedah berikut:
- e-mel: bib@sarawak.gov.my
- Talikhidmat
- Talian Pejabat 082-374700
- WhatsApp 014-6881398
Dikemaskini sehingga: 15 Januari 2026
