Geran Intervensi Sosial Sarawak (GISS)
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN NGO:
Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang layak memohon dan dipertimbangkan untuk GISS hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
- NGO yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) atau badan/tadbir urus lain yang ditubuhkan, didaftarkan atau diperakui oleh mana-mana agensi Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Sarawak yang berkaitan;
- Mempunyai status pendaftaran yang masih aktif dan sah, masih beroperasi serta mempunyai pejabat atau cawangan di Sarawak;
- Mempunyai akaun bank organisasi yang aktif (bukan akaun persendirian) dengan No. ID akaun yang sah;
- Mengemukakan cadangan program dan aktiviti intervensi sosial yang menepati skop seperti dinyatakan di Perkara 5.0;
- Cadangan program dan aktiviti intervensi sosial hendaklah berasakan keperluan dan isu sosial komuniti serta tidak berorientasikan keuntungan, penambahabaikan fasiliti NGO atau bagi tujuan pembiayaan kos pentadbiran dan operasi harian NGO; dan
- Bagi NGO yang pernah menerima geran pada tahun-tahun sebelumnya, laporan pelaksanaan program dan aktiviti intervensi sosial yang lengkap hendaklah dikemukakan sebagai syarat pertimbangan permohonan baharu.
KRITERIA SKOP GERAN:

PEMOHON PERLU MENYEDIAKAN DOKUMEN BERIKUT:
- Surat Rasmi NGO untuk Memohon Geran Intervensi Sosial Sarawak (GISS)
- Lampiran 1 (2026): Borang Permohonan Geran Intervensi Sosial Sarawak (GISS)
- Lampiran 2 (2026): Kertas Cadangan Permohonan Program/Aktiviti Intervensi Sosial
- Salinan muka depan kad pengenalan pemohon
- Salinan muka depan buku akaun bank/penyata akaun bank pertubuhan
- Salinan Profil NGO (merangkumi carta organisasi NGO terkini yang aktif)
- Salinan Sijil Pendaftaran NGO (merangkumi No. Pendaftaran, tarikh penubuhan dan Alamat NGO)
- Salinan laporan lengkap Pelaksanaan Program (sekiranya NGO pernah menerima geran pada tahun-tahun sebelumnya)
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Urus Setia Geran melalui kaedah berikut:
- e-mel: m.syahrul@sarawak.gov.my / bidan@sarawak.gov.my
- Talikhidmat
- Talian Pejabat 082-374700, Ext 111