Geran Tahunan Khas (GTK) 2026

 

Geran Tahunan Khas (GTK) 2026


Bermula tahun 2019, Kerajaan Sarawak telah meluluskan pemberian Geran Tahunan Khas (GTK) sebanyak RM5,000 secara one-off kepada setiap lnstitusi Pendidikan Awal Kanak-kanak (IPAKK) yang berdaftar di Sarawak. 
 
Mulai tahun 2025, GTK telah dikaji semula dan akan dilaksanakan melalui dua (2) komponen iaitu:
  1. Pelaksanaan program; dan
  2. Bantuan pendaftaran. 

Komponen 1: Pelaksanaan Program.
Komponen ini adalah digunakan untuk pelaksanaan program seperti berikut:
  • Program Pembangunan Profesionalisme Pendidik dan Pengasuh berjumlah RM1,000.00;
  • Program Pembangunan Awal Kanak-kanak berjumlah RM1,000.00; dan
  • Program Save For Golden Future berjumlah RM500.00.
Jumlah yang akan diterima oleh sebuah IPAKK untuk pelaksanaan program adalah sebanyak RM2,500.00.
Komponen 2: Bantuan Pendaftaran.
Bantuan untuk yuran atau keperluan pendaftaran kepada semua kanak-kanak  yang berdaftar di bawah IPAKK sebanyak RM100.00 seorang setahun.
 
Kanak-kanak yang layak adalah semua kanak-kanak berstatus K atau salah seorang ibu bapanya berstatus K atau Sarawak Connection yang berdaftar di IPAKK berdaftar di Sarawak.
 
Permohonan adalah MELALUI agensi berdaftar IPAKK masing-masing. Permohonan yang bukan melalui agensi TIDAK akan diterima.
 
Dokumen Sokongan bagi GTK 2026 boleh diperolehi di pautan https://bit.ly/DokumenGTK
 
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, boleh hubungi pihak urus setia di talian
082-374700 ext. 125 atau alamat emel gtk@sarawak.gov.my
 

© Hak 2025 Milik Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK)
Last Updated On 15 Jan 2026

Masa Operasi Pejabat

Isnin - Khamis
8:00am hingga 1:00pm
2:00pm hingga 5:00pm

Jumaat
8:00am hingga 11:45am
2:15pm hingga 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Peristiwa
Kaunter Tutup
image Undian
image Pengumuman