Subsidi Yuran Pengasuhan Dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2026 (Subsidi Yuran PAKK 2026)
Mulai tahun 2026, Kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan bagi pelaksanaan Subsidi Yuran PAKK untuk meringankan beban ibu bapa yang menghantar anak-anak ke TASKA dan TADIKA Swasta yang berdaftar di Sarawak.
Objektif pelaksanaan Subsidi Yuran PAKK ini adalah untuk:
Ibu bapa/penjaga boleh membuat permohonan melalui TASKA/TADIKA masing-masing. Permohonan yang dibuat secara terus ke Kementerian oleh ibu bapa/penjaga TIDAK akan diterima.
PERMOHONAN AKAN DIBUKA PADA JANUARI 2026.
*AKAN DIMAKLUMKAN MELALUI TASKA/TADIKA MASING-MASING
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi urus setia di talian 082-374700 ext. 125 atau mengemukakan persoalan ke alamat emel subsidiyuran@sarawak.gov.my.
Dikemaskini pada: 23 Januari 2026

- Membantu ibu bapa membuat pembayaran yuran bulanan terutamanya bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang berdaftar di IPAKK lebih daripada seorang;
- Menggalakkan ibu bapa menghantar anak ke IPAKK yang berdaftar; dan
- Menggalakkan penglibatan kanak-kanak dalam pendidikan awal.