AMARAN: PENIPUAN MENGGUNAKAN BORANG PESANAN PALSU ATAS NAMA KEMENTERIAN
Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) ingin memaklumkan bahawa pihak kementerian telah mengesan cubaan penipuan menggunakan dokumen Pesanan Perkhidmatan (Service Order - SO) palsu yang kononnya dikeluarkan oleh KPWK.
Beberapa pihak dilaporkan telah menerima dokumen SO palsu tersebut sama ada melalui serahan tangan atau panggilan telefon daripada individu yang mendakwa mewakili kementerian bagi tujuan pengesahan pesanan perkhidmatan.
KPWK memandang serius perkara ini dan menasihati semua agensi, pembekal serta pihak berkaitan agar sentiasa berwaspada terhadap sebarang percubaan penipuan yang melibatkan penggunaan nama kementerian.
Orang awam, agensi dan pembekal dinasihatkan untuk membuat pengesahan terlebih dahulu dengan pihak KPWK sebelum melakukan sebarang transaksi.
Untuk maklumat lanjut atau pengesahan, sila hubungi Bahagian Khidmat Pengurusan, KPWK di talian 082-374700.