Pengumuman

 

Permohonan Endowment Fund Sarawak 2026 Secara Atas Talian

Disiarkan pada 24 Dec 2025


Dimaklumkan kepada orang awam bahawa permohonan Endowment Fund Sarawak bagi tahun 2026 akan dilaksanakan sepenuhnya secara atas talian bermula 1 Januari 2026.

Sehubungan itu, semua pemohon dikehendaki mengemukakan permohonan melalui Sarawak Government Portal sahaja. Permohonan secara manual atau fizikal tidak lagi diterima bermula tarikh tersebut.

Orang awam adalah disarankan untuk memastikan akaun SarawakPass (dahulu dikenali sebagai SarawakID) masing-masing berada dalam status aktif dan lengkap sebelum membuat permohonan bagi memastikan kelancaran proses permohonan.

Sebarang maklumat lanjut dan pengumuman berkaitan akan dikemas kini dari semasa ke semasa melalui portal rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti.

Tekan disini untuk maklumat lanjut.



© Hak 2025 Milik Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK)
Kemas Kini Terakhir Pada 08 Jan 2026

Masa Operasi Pejabat

Isnin - Khamis
8:00am hingga 1:00pm
2:00pm hingga 5:00pm

Jumaat
8:00am hingga 11:45am
2:15pm hingga 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Peristiwa
Kaunter Tutup
image Undian
image Pengumuman