Subsidi Yuran Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak (Subsidi Yuran PAKK) 2026
Posted on 12 Jan 2026
Apa itu Subsidi Yuran PAKK?
Mulai 2023, Kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan untuk pelaksanaan Subsidi Yuran PAKK bagi kanak-kanak yang menghadiri TASKA/TADIKA Swasta yang berdaftar di Sarawak. Kadar adalah maksimum RM1,000.00 atau mengikut kadar yuran sebenar bagi seorang kanak-kanak setahun.
Tujuan Subsidi Yuran PAKK:
- Membantu menampung yuran bulanan yang dibayar oleh ibu bapa terutamanya yang mempunyai anak yang menghadiri TASKA/TADIKA Swasta lebih daripada seorang.
- Menggalakkan ibu bapa menghantar anak ke TASKA/TADIKA Swasta yang berdaftar.
- Menggalakkan penglibatan kanak-kanak dalam pendidikan awal
Tekan disini untuk maklumat lanjut