Geran Intervensi Sosial Sarawak (GISS) 2026 dibuka kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar dan aktif di Sarawak bagi melaksanakan program atau aktiviti intervensi sosial berasaskan keperluan komuniti, khususnya melibatkan kumpulan rentan dan berkeperluan.
Sebarang maklumat lanjut dan pengumuman berkaitan akan dikemas kini dari semasa ke semasa melalui portal rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti.