PROGRAM RANDAU PEMBANGUNAN SOSIAL BAHAGIAN SRI AMAN TAHUN 2025 DI DAERAH LINGGA
04 Jul 2025 - 06 Jul 2025,
Rh. Obeng, Dampa Padang, Banting, Lingga
Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak melalui Majlis Pembangunan Sosial Sarawak dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Sri Aman dan Pejabat Daerah Lingga.
Program ini merupakan satu program outreach bersepadu yang mensasarkan masyarakat luar bandar yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Antara objektif program ini adalah untuk memperkasa komuniti dengan memberi pengetahuan dan sokongan dalam mewujudkan komuniti berdaya tahan serta sedar terhadap kepentingan pembangunan sosial. Selain itu, program ini juga berperanan bagi memastikan maklumat berkenaan isu pembangunan sosial disebarkan secara menyeluruh terutama kepada komuniti luar bandar/pendalaman. Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan semangat kepedulian dalam kalangan masyarakat sejajar dengan slogan Kementerian iaitu "#CAREFORSARAWAK".