NOTIS PELAWAAN PERMOHONAN SARAWAK SOCIAL DEVELOPMENT COUNCIL RESEARCH GRANT (SDCRG) 2027
Majlis Pembangunan Sosial (MPS), Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak mempelawa institusi pengajian tinggi, institusi penyelidikan serta pihak yang berkelayakan untuk mengemukakan cadangan penyelidikan sosial di bawah SDCRG bagi tahun 2027.
Permohonan dibuka bagi dua (2) fasa dengan tarikh tutup permohonan pada Disember 2026 (Fasa 1) dan Mac 2027 (Fasa 2).
Pemohon hendaklah mengemukakan kertas cadangan penyelidikan berserta dokumen sokongan yang lengkap berdasarkan garis panduan SDCRG.