Tentang Kementerian
Pada 19 Mei 2016, Kementerian telah memperluas fungsi pentadbirannya, merangkumi Bahagian Dasar dan Bahagian Perkhidmatan Pengurusan dan mengubah nama kepada Kementerian Kesejahteraan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti (KKWKK)
Pada 7 Mei 2017, sejajar dengan perkembangan fungsi pentadbiran Kementerian, dua bahagian baru iaitu Majlis Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (MPS) dan Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak (BPAKK) diwujudkan dan sekali lagi mengubah nama kepada Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK)
Pada 4 Januari 2022, nama kementerian diubah kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) yang dikenali sehingga kini.
